Sunday, March 8, 2009

PERTEMUAN YANG TIDAK DI DUGA


Salam buat semua.

Kali ini KBTBB ingin mempaparkan sebuah basikal Raleigh saiz 28 yang body crum. Basikal ini kepunyaan salah seorang ahli KBTBB sdr Sharil. Basikal ini sdr Sharil mendapatnya dari saudaranya di Muar, Johor. Dapatlah kiranya teman-teman basikal/sepada berkongsi pendapat tentang basikal ini.wasalam.

LOGO RALEIGH



no body D70893

Friday, March 6, 2009

Jemputan Acara Kayuhan Basikal Tua - Sabtu 14.03.2009 di Batu Berendam, Melaka


Salam Sejahtera buat semua sahabat-sahabat basikal tua di Malaysia.
Kami KBTBB dengan sukacitanya ingin menjemput semua sahabat-sahabat basikal tua di Malaysia untuk sama-sama berkayuh pada hari Sabtu, 14hb Mac 2009 - 2.00 petang. Tujuan acara ini diadadakan ialah untuk mengembalikan kenangan silam sewaktu Merdeka dengan menyelusuri laluan yang mengiringi Rombongan Merdeka pada tahun 1956 dari Batu Berendam ke Bandar Hilir, Melaka. Sekiranya berminat sila hubungi saya Jebat di talian 017 639 7119 atau Sdr. Ikhwan 012 934 3953. Maklumat lanjut akan disiarkan tidak lama lagi. Harap maklum.

Jumpa di sana!
Terima Kasih.

Admin KBTBB

Tuesday, March 3, 2009

KELAB BASIKAL TUA BATU BERENDAM: SALAM PERKENALAN PENGERUSI KBTBB

Bismillahirrahmanirahimm......Assalammualaikum.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kaseh kerana
sudi melayari blog kbtbb ini.
Tujuan dan matlamat blog ini diwujudkan adalah untuk kita bersama-sama mendapat berkongsi penggalaman,bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan lg silaturrahim di antara pencinta-pencinta sepeda tua tidak kira walau di mana jua anda berada baik di Malaysia,Indonesia atau Singapura.
Pelayar -palayar blog ini bolehlah memberi pendapat atau komen-komen yang bernas untuk kita sama-sama mempertabatkan lagi warisan yang kian pupus ini di telan zaman untuk generasi akan datang.

PIHAK KAMI TIDAK MENGGALAKKAN KOMEN-KOMEN YANG BOLEH MENYINGGONG PERASAN DAN BOLEH MENJATUHKAN MARTABAT SESEORANG.KBTBB BERHAK MENOLAK KOMEN-KOMEN TERSEBUT DEMI KEBAIKKAN BERSAMA.

Akhir kata dari saya,selamat melayari blog ini.semoga anda berpuas hati dan mendapat maklumat seperti yang di harapkan.Bersama sama kita membantu mempertahankan warisan tinggalan nenek moyang kita ini.Insyaallah.

Wasalam.
Alias Omar
Pengerusi KBTBB Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

Kayuhan di Putrajaya

Foto-foto ini diambil ketika Aktiviti Kayuhan Putrajaya


Pertandingan kayuh basikal lambat




Cik Adik macam merajuk aja

Deretan warisan basikal Melaka

Bukan orang Melaka aja yang ikut kayuh.

Pilih Bang jangan tak pilih

Bukan main tunduk

Basikal tu tiada siapa yang jaga

Apa lagi tukang basikal tu buat, tak siap-siap lagi ke?

Apasal Bang? Macam ada problem aja

Kau orang tak sayang basikal agaknya

Tak ada yang jaga basikal tu

Untuk melihat semua foto sila kliks di sini

Monday, February 23, 2009